my wedding day

Daisypath Anniversary tickers

~ pengikut setia ~

0

istimewa buat insan yang bernama wanita....

Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji....

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...


" jaDIlAh HaMbA yAnG sENtIaSa MeNdAmBAkAn kAsIh DaRi yAnG MaHa EsA "
0

Doa Kita

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..
0

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”
0

SUNYI

Dikala kau sunyi bermakna kau sedang merindui seseorang.Dan andainya kau merasa sepi bermakna kau sedang mengingati seseorang yang menyanyangimu.Dalam kesepian dan kesunyian inilah yang akan memberikan kepercayaan dan kejujuran didalam dirimu.Dan andai kau ragu tanyalah pada hatimu,kerana didalam hatimu itu ada jawapan yang telah tersirat.jangan dilihat dengan matamu,tetapi kau lihatlah dengan mata hatimu.hati tidak pernah menipu diri kita.

"Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cintamu,jgnlah merasa tersisih.tiada salahnya menyintai sesorg kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.sekiranya kamu di cintai oleh seseorg tak kamu cintai,angaplah ia satu penghoramatan buat mu tapi kembali kan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur,jgn ambil kesempatan & jgnlah melukakan.bagaimana kamu mengurus cinta,begitulah jua kamu mengurus diri mu.setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan & kebahagian yg serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.sekiranya ! kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi,tiada siapa yg harus di persalahkan.....relakanlah cinta itu pergi.kerana setiap yg belaku ada maksud yg tersembunyi & kita akan menyedari apabila masa silih berganti,ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta,kerana cinta sendiri akan memilih utk singah di hati sesiapa.kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu,nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia.....CINTA SENTIASA & SELAMANYA AKAN MENJADI MISTERI.bersukurlah kerana ianya ! pernah singgah di hati mu...."
0

~ DOAKU BUAT KEKASIH HATI ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur Kasihku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak
terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada
melabuhkan hatinya pada hati-Mu. Jika dia rindu,
rindukanlah dia pada seseorang yang merindui
syahid di jalan-Mu.


Ya Allah ...
Jangan biarkan Kasihku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui Kasihku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah Kasihku kesenangan, ketenangan,
kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh
cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat
kelak ... insya-Allah

AMIN
0

~ kawan & teman ~

Kawan itu umpama buku...
tak tau jika tak dbaca
bila dbaca belum tentu kita paham
kalau kita paham belum tentu kita ingat...
maka cukup lah sekadarnya
apa yang kita tahu, paham dan ingat
yang penting kita menghargai
apa yang kita perolehi...

ESOK PASTI ADA...
TETAPI ESOK BELUM PASTI UNTUK KITA,
BERINGAT-INGATLAH...
UNTUK MENGHADAPI ESOK,
YANG PASTI MENDATANG....
0

CINTA

CINTA yang AGUNG adalah ketika kamu menitikkan air mata dan MASIH peduli terhadapnya… Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia… Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata “Aku turut berbahagia untukmu…”