my wedding day

Daisypath Anniversary tickers

~ pengikut setia ~

- ANUGERAH TERINDAH,

Salam semua...
tiada anugerah yg cukup indah bagi seorang wanita yg berkahwin...apabila disahkan berbadan dua...
tapii, bagi aku...adalah cukup2 indah...apabila aku mampu memberikan zuriat utk suami yg aku syg...
itulah pengikat kasih antara kami...Syukur Alhamdulillah, aku disahkan berbadan dua pada 22/1/2013...dah akan dijangka bersalin pada 22/9/2013...inilah anugerah yg paling2 berharga...


"syukurrrr alhamdulilah..rezki dari allah s.w.t..yg tiada nilainye....isteriku di sahkn berbadan dua...amin......nkanakpompuan,nkanakpompuan,nkanakpompuan... " (suara suamiku)

Alhamdulillah... tapi,tanpa aku sangka...bak kate org tue2...kusangkakan 1...rupanya 2..hahaha
2mgu selepas tu,aku disahkan berbadan 3...Ya Allah...smpaikan x tau nak kata ape masa tu.. niat hati pegi klinik nak cek kandungan sihat ke x, tapi..tup2..nampak ade 2 plak...huh! mmg menangis la masa tu... dlm hti ni duk ckp kalau la suami bersama aku...melonjak lompat bintang kot die...
tanpa belengah...aku cl suami utk bg tahu perkara yg sebenarnya...Alhamdulillah, dialah manusia yg paling bahagia hri tu bile dengar berita dari aku...


"Alhamdulila3..syukur nikmat..ku sangkekn istri ku berbadan 2...rupa2nya berbadan 3...KEMbarr...ya allah ...syukur pada mu ya allah..kwn2 doakn kandungn dan istri sy slamat yer..amin....trima kasih. "


Ya Allah, pelihara kandungan ku sebaik2nya...dan kurniakan kesihatan yg baik utk aku dan baby2 yg aku kandungkan..sesungguhnya..Kau memelihara setiap umatMu...



ini lah satu lg anugerah yg indah utk aku dan yg paling penting utk suami aku...



(inilah yg terindah)


(my 1st baby)


(my 2nd baby)


Semoga segalanya dipermudahkan, dan selamat sampai proses melahirkan...tq kepada semua yg wish tahniah...doa anda yg sy perlukan..semoga sy kuat semangat untuk membawa 2org dlm perot...dan semoga sy sihat2 selalu hendaknya...

utk suamiku, ini adalah utk abg... :)

miss u n love u to much, xsabar tgu suami pulang dari miri...hanya sehari lg... :)
Mood : bersyukur dan HAPPY!!!

0

10 PETUA MENJADI SUAMI MITHALI


1. Isteri adalah manusia 
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri 
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri 
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari. 

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri 
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia. 

5. Ingat tarikh penting 
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini". 

6. Penuhi hajat isteri 
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri? 

7. Bantu ringankan tugas isteri 
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum. 

8. Isteri bukan pembantu rumah 
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini. 

9. Bawa isteri berehat 
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu. 

10. Ciuman khas untuk isteri 
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.


'sharing is caring'
0

- menyulam kasih, :)

Salam semua...
alkisah nak dijadikan cerita...rindu pnye pasal kt en suami..(nasib org berjauhan), so...tanpa pape pk pun...dlm erti kata lain..duit tgh bnyk kannn...book fligh ticket ke MIRI...yes!! here i come...
4-6 January 2013
time sampai 9.15pg..dan time balik 10.15mlm...aku bertemu buah hati kt sane...ape yg bersyukur sgt2...en suami dpt off,means..dpt cuti pelepasan turun kapal sbb isteri die yg GEMOK ni dtg nk jmpe die..so, dlm erti kata lain..aku pun mtk la cuti kt ofcc dgn alasan...dh beli tiket lame,padahal baru seminggu...hehe...bijak x isteri abg?? :P

nyway, xde yg nk cerita sgt pun...MIRI,bestttt!!! sbb pertama, ade suami...then,ade suami...then ade suami..itu je sbb nye yg miri best ponnn...hahaa..xlah, miri mmg best! smpaikan rasa nak sambung lg bercuti..bagi lame cket...nak round miri smpai puas rasa hati,baru balikkk...
tp, peluang 3hri ni pun dh cukup baik,yg penting dsisi suami...dan bersama suami...ini lah kisahnye kalau dua2 dh meroyan merindu satu sama lain..hehe..so, dalam ertikata lain...nak naik flght balik,aku nangis dbelakang suami..sbb xnak berpisah...hehe..dan,muke cik abg pun..agak kesedihan..tp,ape leh buat...ok lah,ckp bnyk pun bosan kan...tgk jom pic2 jalan kat sana! one day,mmg akan rasa nak pergi lgi...pergi dgn bby plak laaaa...InsyaAllah... :)

...hotel penginapan kami, Imperial Miri Hotel..kerana isteri,ku turutkan..thanx abg!!!...

...ni saat g jalan mlm2...g mkn2....g miri mmg xtvty penuh dgn MAKAN!!!...


..dua pic ni, kami jalan kt tmn buaya..mcm kt sini xde tmn buaya kan..tp,buaya miri besau2 oiiii...

...dan ini, jalan2 tgk port2 kapal....best! ^^

...dan yg paling best, aku merasa sendiri naik kapal suami..dari luar,smpai ke dalam...hehe...

...ni plak,jalan2 sisir pantai..tgk air laut miri yg berkerak..sekali tgk mcm menakotkan..ombak diee...gile besar ockey!!!!

now, percutian dh habis...kerja mesti dteruskan...mencari rezeki bersama..dia di sana,dan aku di sini..memulakan aktvty harian seperti biasa...

''Ya Allah,Kau permudahkan setiap urusan kami suami isteri, Kau lindungi suamiku di sana, Kau jagakan dia untuk diriku...Kau berkatilah dan redhailah hubungan kami suami isteri...Bahagiakan kami didunia & di akhiratMu...Amin''

Mood kali ni : MAKIN JUMPA, MAKIN GILE MERINDU!!!
0

- berjumpe walau seketika,

Kali ni nak menceritakan aktivity aku sepanjang hubby balik ke Melaka from Miri...Baliknya dah lama pun, dan dh pegi Miri sekali lgi pun, now...aku is single for 3mnth...huhuh.. So,huby balik dalam tempoh sebulan lebey jek...tu je masa yg ade nak lepas rindu pun..hehe... kami habiskan masa bersama2, almaklumlaaaa...bini die ni xkje lagi kan masa tu...so, jalan x hengat dunia...hehe

this is place honeymoon kte org yg dsponser oleh 'Bestfriend' hubby....tq Ary, tak sangka pun sebenarnya..sbb from Raub-Cameron Highland (honeymoon) lg, dan ni kt KL...hehe...rezeki org nak sponser kan... :)

ni plak, jalan g tgk MOTOR GP with husband...happy sbb menghitamkan kulit..hehe

and this, kami raye sedondon...Alhamdulillah,dapat gak raye sesame...hehehe...

dan ini plak, kami bersama2 menggedik dalam kete nak p mane eyhhh...entah xingttt... ;)

dan ini, aku send huby g LCCT, sebab dah nak sign on...huhu...dlm hati gile sedih..tp apakan daye kan...redha jek la..xlama pun kan... ;)


mood : jalan2 ke Gambang dgn family.... :)

 and now, Alhamdulillah... aku dah bekeje di sini...As a Graphic Designer...so far ok, alhamdulillah,dpt membantu huby..dan dpt isi masa lapang.... :)

and this....time jalan2 makan2 dgn fmly mertua... happy senyum, tp rindu husband!!! nak nangissss..... :'(

now, mood x tentu pasal...aku merindui kamu...
Ya Allah, nak tunggu bulan 3 baru husband balik...lamanya hanya tuhan je yg tahu...huhu...

mood : Abg,syg rindu abgggg...rindu sgt2... rasa nak terbang g Miri tu....

0

- menanti dgn kesabaran, :)

2 bulan ++ aku sendiri.... dan hari ini...aku menghitung hari 'orang tersayang' nak balik... betapa gembiranya hati ini...hanya Allah je yg tahu... betapa sunyi nya jiwa ini...selama ni, hanya Allah juga yg tau... semoga suami tersayang, pulang ke kampong dgn selamat....doaku mengiringi mu... 

xde ape sgt nak post, tp....cuma nak ckp....aku bersyukur dgn apa yg Allah hadiahkan utk aku pada masa kini.... jgn Kau tarik rasa syukur itu,dan jgn Kau tarik rasa bahagia, kasih dan syg antara kami suami isteri.... terima kasih Ya Allah...dgn apa yg Kau beri... 

 p/s : biar derita kita kongsi b2...dan kasih syg kita kongsi bersama...luv u more n more so much my dear hubby! isteri sentiasa menantimu.... - love more -




* xtgk pic pun rindu, tgk pic....lg rindu gile!!
0

- when wedding is OK!

Salam semua... rasa lamanya x update benda alah ni...huhu...bz melampau(kadang2) dan buat2 bz(selalu)... ok, 1st at all..nak say thanks kt ALLAH..sbb apa yg aku idamkan,rancang utk majlis..semua berjalan dgn lancar..tanpa cacat cela...

thanks kt kawan2 yg dtg masa majlis..yg msj wish..kt fb,kt bbm, kt twetter...n kt semua2 yg boleh berhubunglah.. thanks so much! ok, skrg ni..dh hampir 2 bulan aku menjadi isteri org..dan dia pun menjadi suami org..Alhamdulillah...kami sentiasa happy happy happy n happy (xdpt nak gambarkan happy tu mcm mana)

p/s : sape nak tau happy mcm mane,kene kahwin lor! dgn rezeki Allah bg, skrg ni..aku dh dpt gelaran CIKGU..Alhamdulillah,wpun sbgai guru ganti (utk 2bulan) tp..aku dpt gak capai hajat utk dgr org pgl aku cikgu...hehe...happy le! insyaallah..ade rezeki,nak kekalkan panggilan tu...

 ok,now nak cite something...biasalah,bile berkahwin dgn cik abg kapal...cik isteri kapal akan kene tinggal..huhu...after 1bulan lebih kahwin, incik suami sy dh pun melayarkan diri ke Miri utk menjalankan tugas2nya..ape boleh buat, Puan isteri kene meredhai...dan kene memahami tugas En Suami...itulah rezekinya, itulah kerjayanya..

so,dalam erti kata lain... this year tahun pertama aku beraya sebagai isteri, dan this year..beraya sorang2...huhu..sedih yg x terkata & yg x terhingga!!! xpe, kene sabar...InsyaALLAH, next year kite beraya b3 k syg! will promise!!!

so,tahun ni..sy hanya tgk je bju melayu die tergantung di bilik!! haha... ok la...kalau ade kelapangan kesempatan, tunggu la next entry! tp xtau bile la kan..ikot mood gak nak hapdate benda alah ni..

 p/s : Selamat berpuasa, selamat hari raya utk semua yg kenal diri sy! maaf zahir & batin... and xpecially,kt beloved hubby yg jauh dimata..tp sentiasa ada dekat kt hati n dekat kt sebelah ni...syg mtk maaf dunia n akhirat..tq kerana menjadi suami yg baik utk sy..nti jadi papa plak ye! :)

 

**pssss.....SAYE RINDU SUAMI SAYE!!!
0

semakin dekat semakin bedebo!!

only just seminggu la bg aku...tolak tido makan berak kencing mandi seua...huhu... so,aku makin risau..aku makin kelam kabut..aku makin pk mcm2...bnyknye benda xsatle lgi...Ya Allah, permudahkanla urusan majlis perkahwinan ku.... skrg ni, fitting xlgi...hntran xlgi..adoi...sebok mengemas umah jek la...tension dh ni..muke dh mcm nenek tue xde rehat!!! plz some one help me...huhu... tgk, dlm pada bz..sempat curi tulang nak on9 update blog.. sbnrnye nak bedengkor dh ni,dh pening migrin...tp,saje updte jap..sbb dh 3 4 hri ni...bukak blog mcm nak update...tp malasssss....so,hri ni...buat2 la gajin jap!!! xde pe yg nak ckp...cuma mengharapkan yg terbaik utk majlis ku nnti... mood : gedix nak kahwin2 dh ni...huhu... + semakin hari,semakin syg..semakin hari semakin rindu... :)
ni pic time g mendatingkan diri... rindu u la syg oii....xpe2..seminggu jek lgi kan.. :) see u when i see u...muah! <3
0

-hati x keruan,

Salam, Ya Allah...sebulan seminggu...aduiai, semakin dekat semakin mcm2 dugaan yg aku hadapi.. time2 mcm ni la segala masalah nak dtg, time2 mcm ni la segala sakit nak datang.. dengan tidak bekerjanya... dengan sebok mencari kerjaya... dengan sebok pk pasal kewangan... dengan asyik sakit sana sininya... dengan abah yg selalu demam tanpa sebab... dengan segala2nya nak kene urus... dengan masalah yg xpernah nak selesainya... dannn.....dengan dengan dengan...segalanya dengan.. tp, aku tetap bersyukur...dengan segala dengan yg aku lalui ini..membuatkan aku makin dekat dgn Allah.. terima kasih Allah,atas segala2 yg telah Kau turunkan keatas ku...tidak ku anggap sebagai beban/bencana/masalah...tetapi ku anggap hanyalah dugaan semata2...untuk menilai sejauh mana kuatnya aku untuk menempuh dugaanMu...TQ ALLAH.. dengan rasa sangat2 bersyukur...walaupun hidup penuh caci maki, hidup penuh dengan kata keji dimata segelintir insan..namun,masih ada yg sayang...namun..masih ada yg ambil peduli...masih ada yg sudi bertanya itu ini... takpe, jgn kita cepat melatah dgn setiap apa yg kite terima.. Pecaya, bahawa segala yg terjadi..pasti ada manis dihujungnya... xpernah nak rasa apa dgn setiap apa2 kata pun, namun...aku masih mampu tersenyum & bersyukur...dan...apa yg mampu ku katakan...BIARLAH...ALLAH ada, dan ALLAH maha adil... namun, syukur adalah segalanya yg pertama dlm hidup aku...bersyukur dgn setiap apa yg ALLAH dh berikan.. "Aku TAK SELALU MENDAPATKAN apa yang AKU SUKAI, Oleh kerana itu AKU SELALU MENYUKAI apapun yang aku DAPATKAN." TQ allah, tq mak abah...tq adik beradik...dan tQ encik tunang...wpun sy xpernah nak terus terang berdepan,xpernah nak tunjukkan sejauh mana syg nya sy kt awk..hanya ALLAH tahu, apa yg ada di hati sy...hanya ALLAH tahu,rahsia hati saya...InsyaALLAH...Awak akan rasa nikmatnya...AMIN.. (semoga kita berdua bersatu hingga kesyurga, terima kasih...kerana hadir dlm hidup sy...semoga,kekal selama antara kita...tiada org lain yg ada kt hati ni..melainkan awk BAKAL SUAMI sy...) so, rasanya...lepas ni x update buat seketika...sbb bz nak menguruskan hal2 yg sewaktu dgnnya...kalau free,insyaAllah..leh la update cite best2 kt sini... dear fwen, please pray for my life, pray for us... dear fiance, i will always love u...till i die, i will always love u... dear family, thanks for everythings...will always love u all too.... dear heart, be patient... insyaAllah...everythings will be fine... gud day to u...bye...
0

- my convocation day -

Salam semua,
14.04.2012
Dewan Perdana PICC, Putrajaya (8.00am)

Hari ni,aku dh berjaga genggan segulung ijazah...
Ucapan x terhingga terima kasih buat MAK, ABAH, KLONG, KNGAH, NANA, ABG OMAN + Ahli Keluargaku...atas segala semangat yg diberikan sepanjang 2 tahun aku study kt KLMU...

segala jatuh bangun tertonggeng terlentang termenangis tersedih tersendu & macam2 ter... Akhirnya, aku berjala lalui dgn tenang & berjaya lalui hingga berjaya...Alhamdulillah... ini yg ku perolehi sepanjang 2tahun...

tQ pada yg dtg...kngah,bob,mak & abah....Kesian kt abah..sanggup dtg,wpun tgh sakit...tq pada dokter yg bg abah pelepasan untuk kuar hospital for one day...tq pada jasa mak abah....huh! mmg rasa nak nangis masa terima ijazah tu!

So, xde pe pun nak ckp..melainkan melahirkan perasaan yg sgt2 gembira....
* terima pada sesiapa yg pernah hadir untuk memberikan semangat belajar sepanjang 2tahun stdy... Allah akan membalas jasa kalian... tq uols..









MOOD : bersyukur & happy... :)
0

- belated besday -

Salam semua...
huhu...17/3/2012...last year aku sambut besday sebagai bujang2an...huhu...so,enjoy ape yang ade sepuas2nya...
1st, tq yg wish besday kt fb.....kt msj...kt twitter...n kat mane2 yg boleh wish.. :)

mcm tahun lepas,tahun ni besday aku sorang2...en tunang tgh laut...so,kawan2 jek la yg disisi...
en tunang nak jadi org last wish..tp nak wish 16/3/2013...mengong!!haha...
xpelah..wish ke x...xpenting pun..yg penting kasih + sayang..

so,xnak membebel pjg2...sbb bnyk lgi job nak kene satle...exp : hal kahwin2an...huhu..xlama lgi woii..bnyk kje ni!!!

THANKS pada kwan2 yg celebrates suprise besday party too me...sgt2 terharu & sendu hati kita wak... :)

so, c ya!!!







mood : ricky2 lgi ape yg patot... :D