my wedding day

Daisypath Anniversary tickers

~ pengikut setia ~

0

hati bunge2 riang...:)

bertemu kembali pada hari ini..hehe...

tetibe plak hr ni xcited nak kje..dgn alasan nak balik kg!!
tp kerja xde la bz sgt..so hope so,dpt balik cepatt..hehe
windu melakaaaa..dh 2 bulan x balik...:(

semalam hr last aku hangkot brg2 kt umah lame..korg bygkan dgn berbaju kurung,aku dengan gegehnyeee...hangkot almari..haha..mau x terkengkang2 aku dok mengangkot..lawak jek..but,thx to ziaf n amirul shuffle...sbb sudi tolong kawan ko y lawa ni..hehe..lawa ke??? ingt balik title kite..KAWAN2 MENCERMINKAN KAWAN..so,aku lawa sbb korg encem..hihi..(tibe2...)

ok la..dalam pada duk hangkot lemari mlm td..smpt lepak umah faiz jap...tgh duk bual2..aku d offer make up free..so aku pun ape lg..tenyeh jek muke aku tu kt mak andam tu..haha...rasa DIVA plak kan...:) sekali tgk..comel gak aku ni..:) hihi...

by the way...thx to my suster..kak Saedah... a.k.a SEMUT..thx sbb bg Big Apple..Sah2 nak menggemokkan saya y dh gemok ni!!! aiyooo....!!



pic2 d makeup n pic menggedix dgn BIG APPLE....

Mood : windu x terhingga...:) sambil sengeh sorang2..:)

0

- andai lelaki tu tahu...:)

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

berbangga kerana menjadi seorang WANITA....
0

- Ape perampuan SUKE??

Perempuan mahu seorang lelaki mencintai dengan;

1. Believe
Lelaki haruslah mempercayai wanita seadanya. Ini terlinkung dalam erti 'menerima', kerana bila kau menerima sesuatu, kau kena ada kepercayaan kan? Ianya termasuk dalam frasa ayat cinta "Harap awak boleh menerima saya, seperti saya menerima seadanya awak" Kalau perempuan tu tak kaya, janganlah kikis lain macam. Kalau kaya pun, jangan ambil kesempatan. Kalau dia tak cantik, jangan rendahkan dia. Kalau dia cantik pula, jangan mempergunakan kecantikkan dia.

2. Honest

Ini perlu ada. Kalau takde duit, cakap takde duit. Terlambat? Cakap saja kenapa kau terlambat, tak kesahlah kalau tertido ke, apa ke. yang penting kau meminta maaf. Perkataan maaf adalah magic words dude. Manusia akan lembut hati bila mendengarnya. Apakan lagi perempuan yang lembut. Cuma, aku letakkan honestsebagai yang kedua, kerana kita sebagai lelaki tak boleh jadi straight honest. Jangan lah jadi bengong nak jadi jujur sangat. Ada masanya bai. Kita kena pandai bahagikan masa untuk jujur. Kata nak hubungan yang lama. Ada benda yang secret society, janganlah bagitau awal-awal. Perempuan tak suka kena direct-impact, nanti diorang cepat pressure. So, beritahu mereka slow-slow. Takpe, biarkan diorang ternanti-nanti. Ianya akan buat perempuan lebih serius terhadap kau. So, tempoh hubungan akan lebih possible menjadi panjang.

3. Gentleman
Oh, ini yang paling best. Aku harap kalau kau lelaki, jangan jadi bacul sangat. Kalau ada pintu, bukakan untuk dia. Kalau dia nak duduk, jemput dia duduk dengan menarik kerusi untuk dia. Kalau dia sedang bersedih dan tertekan, pegang bahu dia. Kalau dia gembira, cubitlah pipi dia atau usap muka dia dan katakan kepada dia "I love you". Simple kan? Dalamgentleman, ada juga caring. Kita tak perlu sangat lah nak spend hadiah mahal-mahal untuk senangkan hati dia. Just a little touch-up and magic words. Perempuan akan lebih melekat. Tapi, nak gentleman pun, ingat lah sikit batas-batas ye dak? Jangan plak bila kau dah cubit pipi dia, terus kau nak french kiss. Oh, shit. Itu hanya di bolehkan bila ada waktu yang tertentu. Karang, kena penampar free baru tau.

Ok, itu saja psychological fundamental for love lesson untuk kali ini. Kalau tak faham, jangan segan bertanya. Sekian.

Copy paste from myfwen...bcause,sy sgt suke dgn maksud2nya...:)

0

- hari ini dalam SENYUMAN...hari ini tetap dalam KENANGAN...

ALAHMDULILLAH....
hr ini dengan rasa syukur...aku masih bernafas..aku masih berpijak dibumi yang nyata..
tQ ALLAH...kerana Kau memberi aku rasa dan peluang utk merasai nikmatMu di dunia ini...

- hari ini dalam SENYUMAN...hari ini tetap dalam KENANGAN...senyum sampai telinga...:)

entry y paling best utk hr ni...
dari ke pg..smpai la ni..aku senyum sengih mcm kerang busokkk...haha...hope so sampai bila2 senyum itu kekal...AMIN...:)

wpun beratus ucapan aku dpt...tQ sgt..semua itu ibarat doa dari korang..hope so,segala nya dimakbulkan ALLAH...:)

aku sgt menghargai ucapan dr sidia...:)
dah seminggu pg tgh laut..xberhubung...
now on 17 march...dgn gigih n usahanya..die online kejap sementara utk wish kt aku..:)
arghhh...bgun pg2..bukak Buku Muka..tgk2 ade msj die...xke senyum smpai telingaaa...
mcm2 pesan nye...xpe,sungguh pun hanya msj...tp usaha nak online wish tu ade kannn???
padahal mcm org gile kot aku tunggu hr2..:)

n 1 post die : kawan2 tlg smpaikn salam kat mak aku ye..kat cinta aku skali...
berebut kawan2 tlg smpaikan..hehehe...
sungguh pun sepotong ayat diwall...tQ sgt2...aku hargai segalanya...
x sabarnye tunggu die balik bulan 4 ni...:) Hati bunge2 riang ni...

Alhamdulillah..senyum ku dtang kembali dgn seikhlas hati..
wpun sebelum ini tawar menawar utk senyum tu ade...
tp,hari ni...tawar menawar ke ape ke...semua dh pupus..
now..senyumku utk buah hati...:)

tQ utk itu...

"Aku TAK SELALU MENDAPATKAN apa yang AKU SUKAI, Oleh kerana itu AKU SELALU MENYUKAI apapun yang aku DAPATKAN."
0

- birthday tanpa SIDIA!!!

HAPPY BIRTHDAY TO ME....
itu ucapan y mampu aku berikan utk diri aku sendiri....
huhu...besday y agak sunyi..besday yang agak membosankan aku kali ini...
birthday y di wish oleh org2 d office...sbb on 12am td...aku masih di ofc...ni baru ha balikkk..hadoii...
dalam erti kate lain...menyambut hr lahir di ofc la aku kali ni!!!! hahaha... kenangan gak tu...:)

erm....agak sedey kali ni...kalau dulu2..smbut besday dgn pujaan2 hati...dgn buah hati..tp kali ni...buah hati pun xde!!! jauh dtengah lautan tu haaa...cm no nak wish eh?? tepon x do..line pun x do...x ke sodeh!!! huhu...xpe2..sebelum die p tgh laut hr tu ...die dh wish punnn...hehe.xpe,y penting hadiah ade eh!!! :P

1st, thx pape sesiape sahaja y wish my besday..sama ada :

- wish kt ofc td... :) sweet dgn org2 ramai td....:)
- msj kt hp wish besday.. :)
- wish kt my fb...:)
- wish kt my mail... :)

even sekadar ucapan...terima kasih beribu kasih2 sgt kerana rajin menulis menaip dan berckp untuk wish my besday...sgt2 dihargai usaha kalian...Hanya ALLAH y membalasnya..smoga kalian juga dpanjangkan umur & dimurahkan rezeki...AMIN...

nyway,birthday gurl nak gak buat ucapan...penat dh terima ucapan ni...hehehe...

1 . Happy birthday utk my twin NANA...9bulan kite duk dalam perot same2...9bulan kite kenal siapa kita...now,dah 25 tahun kita bersama b2...bezanya..nana dgn tersayang n bby bru smbut besday..dan aku??? Masih seperti dulu...jodoh lom smpai..ape nakk buattt....:) cheers~~

2. Happy annivesary to mak n abah...17.03 juge...smg mak abah sihat selalu...bahagia selalu..n ceria2 selalu..smg dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat...tQ bcause menjadi mak n abah y paling baik ddunia..jaja syg mak n abah...:)

3.Happy anniversarry gak tok knga n husband...:)
smg bahagia selalu...smpai akhir hayat..cepat2 tambah bilangan ahli keluarga yeee...!!!

4. Happy birthday to my dear uncle...Pak Itam yang putih...smg pjg umur murah rezeki..:)

5. Happy birthday juge utk kawan2 aku...y birthday sama dgn aku...hope so,korg berbahagia d hari bahagia ini...jgn jd mcm saye..:)

utk y terakhir kalinya...di hari bahagia ini..aku mengalirkan air mata,kerana tarikh indah inilah...hari2 bahagia ku..dulu kini selamanya...

mood : mengangis tanpa teman~ :(
0

- cerita dolu2...

salam semua...
haiii...hr ni 16hb 3....
cepatnya masa belalu..dah setahun...dan dh bertahun2...aku dilahirkan kt muka bumi ini..
Syukur Alhamdulillah..ALLAH masih panjangkan umur ku untuk melihat dan merasai nikmt dimuka bumiNya...Bersyukur...kerana aku masih NOR SHAFIZA BT GULAM MOHAMAD...:)

bye the..2molow is my day!!! hehe...biaselaaa...17hb 3...so, pengunguman kene la buat seawal2 nye..bukan ape pun..dh mmg jenis aku mcm ni..make myself happy..sbb bg aku.xde org y leh wat aku happy..melainkan diri aku sendiri..so, im proud with my self...:)

mcm2 nak cite sbnrnye..kisah dolu2...ade kisah dsebalik 16march y lepas...kisah y ak akan ingt smpai bila2...kenangan pun ye juge kan...kenangan y boleh djadikan pengajaran...:) so, perlulah aku ingttt...:) haha...cer cite..tp,aku rasa xperlu kot nak cite...biar lah mereka2 itu sahaja tahu citenye..kalau nak diikotkan..time2 mcm ni la kisah tu terjadi di SELAYANG...haha...lawak,sadis...bangang!!! bodoh pun ade gak....

ape pun..itulah kenangan..
dan aku masih bersyukur..sbb aku masih mampu & boleh mengubah diri utk menjadi the best for all people y aku kenal..n 4 sure...4 my family n my dear F....love u all...

"Aku TAK SELALU MENDAPATKAN apa yang KUSUKAI,
Oleh karena itu AKU SELALU MENYUKAI apapun yang aku DAPATKAN."

itulah diriku kini..namun...dgn rezeki & kurniaan ALLAH...aku tetap bersyukur di atas segala pemberianNYA...
ape ade hal..ALLAH tahu apa terbaik utk HambaNYA...

biar burok dipandang mata...tp hati tetap bersih...
biar niat disalah sangka...aku tau apa aku lakukan..
aku tetap aku...:)
0

- memaafkan...:)

Memaafkan itu indah

Memaafkan itu sedekah

Memaafkan itu mengundang Maghfirah-Nya

Memaafkan itu mengundang Rahmah-Nya

Memaafkan itu nikmat

Memaafkan itu lezat

Memaafkan itu melapangkan perasaan

Memaafkan itu melapangkan kesusahan

Memaafkan itu membuka pintu-pintu cinta

Memaafkan itu membuka pintu-pintu dunia

Memaafkan itu membuka pintu-pintu bahagia

Memaafkan itu membuka pintu-pintu surga

Memaafkan itu melepaskan masalah

Memaafkan itu melepaskan rasa susah

Memaafkan itu melepaskan rasa serba salah

Memaafkan itu melepaskan berbagai rasa resah

Memaafkan itu melancarkan pernapasan

Memaafkan itu melancarkan hubungan

Memaafkan itu menambah ketampanan

Memaafkan itu menambah kejelitaan

Memaafkan itu mengikhlaskan

Memaafkan itu menyehatkan

Memaafkan itu mendewasakan

Memaafkan itu mencerdaskan

Memaafkan itu membersihkan diri

Memaafkan itu mengundang rejeki

Memaafkan itu menenangkan hati

Memaafkan itu mengundang ridho Ilahi


ps : utk mereke2 y kerap kali hadir utk meminta maaf kat aku...xperlu dh kot..sbb bg aku korg xde buat salah pun kat aku...kalau ade pun aku dh lama lupakan n dh lama maafkan...dan, utk semua y aku pernah menyakiti or what ever...aku mintak maaf...meminta maaf mmg mudah...tp,utk di memaafii amat sukar,so....semua bergantung kpd hati masing2...smg kita diredhai....dan diberkati...AMIN...

0

- kembar yg sgt comel...

salam..
sye sgt suke sama budak comel ini...rasa nak cubit2 pp die y cute miut...
tunggu untie dtg!! siap la kamu b2...
uncle F @ paklang....cepat bawak untie jmpe budak b2 ni...gewrammmmnyeeee!!!!


dah pandai nak terjun katil...hehe..

tido y sgt comel!!
sah2 la kembau!!! hihi..

mood : sukenye tgk bby kembar..rasa mcm diri sendiri mase kecik2..:)

0

-hari2 d d'navechee....:)

hai hai hai...
x thu nak buat pe la hujung2 minggu ni..kerja aku adalah tido y x hingat dunia...kalau sape2 y dh kenal aku tu...relax jek kot tgk aku tido x ingt dunia...
kalau y x biasa tu,mesti pk aku ni pengsan ke..mati ke..
haha...relax beb...wa hidup lg de!!!
xde menda nak buat ujung minggu ni..nak kuar,malas..n rasa buang masa..sbb ni la masa nye aku relax kaw2...
minggu depan,lets go too kampung halaman utk kenduri...:)

so,this day...saje je..duk godek2 pic aku..lupe plak nak buat entry kerja aku...almaklumlah..dh terlalu bz n keserabutan melanda diri ni...mcm2 nak pikiaq...
so,this is picture aku masa kt ofc...ade event franchais kt ofc..time ni jadi org gile..tuk setting packaging kt ofc..but have fun...:) happy + pengalaman y sgt2 manfaat...:)


ni la pic2 aku kt ofc..dalam kesibukan..sempat gak aku bergambar sakan...dah kate gile kamera..ni la jadinye..hehe...

Mood : duk bosang melayan perasaan...:)
0

decide one day!!!

salam hye u all..
sedang kebosanan...dirumah kesepian keseorangan..dengan cik abg di tengah lautan...selama 2 minggu..tanpa utusan & perkabaran...aduii...rindunye...(mcm pantun plak....) haha...
hope dia ok dsana...dah la dgn keadaan tsunami ni...huuhu....risau la pulak...

okla...xde mende pun nak cite...
cuma...dalam duduk2 kebosanan sorg2 ni...dh terfikir decide one day...
utk menamatkan zaman bujang ni...offically aku dh decide..mayb...bulan 12 yang akan datang...(xkan la bulan 12 y dh lepas kot...)....so,bulan 12 adalah pilihan bulannye...tp, jgn marah la kan...bulan je 12...tp tarikh n tahun aku x konferm lagi...hehe...jodoh beb! lom sampai..xkan aku beriye2 rancg hri n tahun plak...xjadi buek malu jek!!! so, lepas ni kalau org tanye....: jaja nak kahwin bile ni? nana dh ade anak...aku dgn selamber akan jawap..haa..bulan 12 ni..tp tahun n tarikh x tau le ek..:)

sebok jek nak tahu org kahwin bile...bnyakkkk duit?? sponser kan laaa....org baru nak lihat dunia..merasa duit sendiri kje pun x lepas lg..hagak2 le nak kahwin awl....kannn??? :P

so...dalam erti kate lain..enjoyed dulu puas2..bru pk kahwin..alah..bru nak masok 25!! blum lg 52..ape ade hal??? hehe...(padahal xcited nak kahwin...) ...x mau la bangga2 cite pasal jodoh ni...ape pun yang pasti..jodoh lom sampai lg...:)...insya allah...ade jodoh...ade la...:) pray for me!!!

ok la...bosan2 ni...jom bc buku2 y aku beli td..beli buku jek rm60..pe cite? tp xpe..utk ilmiah..x salah kan??? ok la..roger n out...jumpe next next next entry plak...:)

mood : menanti dengan penuh kesabaran...